Tuesday 7 January 2014

Untuk Makluman

Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengimport lembu dari Thailand disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul.

Sekian, harap maklum.

Thursday 14 November 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk makluman para penternak dan pelanggan yang saya hormati.

Di sini ingin saya maklumkan bahawa kami berehat seketika mengimport lembu dari Thailand buat sementara waktu selepas bertungkus lumus semasa Hari Raya Korban tempoh hari.
Insya Allah kami akan mula mengimport kemasukkan lembu ternakan untuk para pelanggan seperti pada hujung bulan Disember atau awal Januari 2014. Walau bagaimana pun sebarang tempahan dan pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya.

Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan tuan-tuan. Saya ucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada kami.

Wednesday 15 May 2013

Kandang Di Kuala Kangsar

Salam..

Kepada penternak-penternak lembu dan juga pelanggan-pelanggan saya. Di sini ingin saya maklumkan bahawa selepas lembu-lembu ini dikuarantin di Bukit Kayu Hitam, Kedah saya akan membawa lembu-lembu tersebut ke kandang di Kuala Kangsar, Perak bagi memudahkan pelanggan-pelanggan saya melihat dan membuat tempahan atau belian. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui blog ini.

Sekian Terima Kasih.








Wednesday 13 March 2013

Maklumat Terkini

Dijangka pada minggu ke 3 bulan Mac ini 50 ekor lembu akan sampai ke kuarantin. Bagi mereka yang berminat untuk menempah bolehlah menghubungi saya untuk temujanji.
Untuk makluman Penternak-Penternak yang merancang untuk mendapatkan bekalan lembu jantan muda bagi tujuan hari Raya Korban yang dijangka pada bulan Oktober nanti. Pihak saya akan membekalkan lembu yang berumur lebih dari 1 tahun 6 bulan bagi memenuhi keperluan tersebut bagi kemasukkan yang akan datang dijangka bermula pada April ini.
Pada 11 Mac yang lalu 20 ekor lembu telah dihantar ke Penang dan pada keesokkan harinya 20 ekor lagi lembu telah dihantar kepada penternak di Johor. Terima kasih saya ucapkan kepada penternak yang telah berurusan dengan saya. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada penternak-penternak dan juga syarikat-syarikat yang menghubungi saya untuk mendapakan maklumat lanjut.

Saya akan memasukkan gambar-gambar yang terkini berkaitan dengan urusniaga yang telah dijalankan di atas untuk tatapan pengunjung blog saya ini.

Saturday 16 February 2013

46 ekor lembu dihantar ke ladang Bagan Dato, Perak

Pada 14 Februari jam 1300hrs 46 ekor lembu telah diambil oleh Penternak dari Bagan Dato. Dijangka pada 19 Februari untuk stok yang akan datang sebanyak 48 ekor lembu akan masuk ke kuarantin. Bagi penternak-penternak yang berminat untuk mendapatkan lembu yang bakal tiba bolehlah berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut.


Lembu - lembu sihat dimasukkan ke dalam 2 biji lori 3 tan
 



 
Lembu dikira sebelum dibawa keluar



Permit daripada JPV
 




 
Final check



Lori pertama bergerak



Lori kedua bergerak ke destinasi

Saturday 2 February 2013

Mari!!!..Mari!!!...Lembu baru sampai..

Lembu 46 ekor selamat sampai ke kuarantin di Bukit Kayu Hitam dari Thailand...dijangka 8 Februari akan habis kuarantin..